Takziah buat Dato' Siti Nurhaliza dan keluarga atas pemergian ayahnya.. Taruddin Ismail ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
SUDAH lama sebenarnya teringin nak menulis tentang Dato’ Siti Nurhaliza (Siti), tapi memandangkan blog ini dinamakan helizahelmi.blogspot.com... maka intipatinya tentulah tidak lari dari memperkatakan tentang Heliza Helmi, finalis AF5.
Jadi, walaupun kali ini topiknya tentang Siti... janganlah bimbang... kisahnya ada kena mengena dengan Heliza juga.. ahaks.
Ada sesiapa yang sudah dengar album Lentera Timur sepenuhnya? SEPENUHnya 11 lagu ya. Bermakna beli CD... bukan ‘merompak’ (muat turun secara percuma atau pinjam dan copy burn CD).
Kalau belum pernah dengar lagi.. sila ke Sitizone.com. Klik “Lentera Timur Audio Player”. Boleh dengar secara online dulu. Lepas tu... terpulanglah nak beli atau nak teruskan mendengar secara online saja. Asalkan jangan jadi lanun!
Lamanya menunggu album etnik kreatif dari Siti. Selepas 4 tahun barulah muncul Lentera Timur yang berkonsep etnik kontemporari. Puas? Ya... rasa berbaloi. Konsepnya berbeza dari lagu-lagu Irama Malaysia Siti sebelum ini. Satu pembaharuan yang sesuai dengan peredaran masa dan sangat dialu-alukan.
Paling tertarik dengan lagu-lagu ‘Di Kayangan Kita’ dan ‘Cinta Ini’. Juga ‘Ada Masa Mata’ dan ‘Di Taman Teman’. Sesekali membayangkan Heliza menyanyi ‘Di Kayangan Kita’... hmmm (berangan)... waaahhh! Bila-bila dah hafal melodi dan liriknya nanti... cubalah nyanyi ye.. test vokal.. boleh kan (kenyit mata).
Lagu ini antara yang susah untuk dinyanyikan dalam album ini. Kebanyakan lagu Siti memang begitu. Sebab itu, ramai penyanyi wanita yang ‘menggunakan’ lagu-lagu Siti untuk ‘pemanasan’ vokal. Selain lagu Siti.. lagu-lagu Mariah Carey juga sering dijadikan lagu ‘pengasah’ vokal.
Konsep etnik yang lebih kontemporari lebih mudah mendapat tempat di kalangan pendengar muda berbanding irama Malaysia. Tidak ada salahnya jika Heliza juga mencuba konsep yang sama. Bukanlah meniru muziknya tapi konsep etnik kontemporari itu secara keseluruhannya. Ada banyak elemen etnik yang boleh dimasukkan. Tidak semestinya Melayu asli atau timur tengah sahaja.
Persaingan untuk genre pop terlalu hebat. Untuk mendapat perhatian.. cuba tampilkan sesuatu yang berbeza dan tidak banyak di pasaran. Percubaan single etnik kreatif Doa Dalam Lagu dulu nampaknya menjadi dan boleh diterima umum. Tidak ada salahnya kalau diteruskan dengan genre yang sama.
Harap-harap dapatlah tengok Heliza dan Siti berentap dalam Anugerah Juara Lagu kategori etnik kreatif nanti... ehem.
Saya sukakan album ini bukan disebabkan ini album Siti Nurhaliza. Tak semua benda Siti… eh... tentang Siti saya suka. Agak-agak lah. Kalau bagus memang patut dipuji. Kalau tak bagus kita kritik. Siti pun sudah lali dengan pujian dan kritikan.
‘Tepuk dada tanya selera.’ Telinga dan mata ini pun pandai memilih juga. Bukan semua dari Siti Nurhaliza boleh diterima. Ada juga yang ditolak... lalala.
Sudah terlalu banyak persembahan Siti yang saya tonton. Pelbagai kategori... pelbagai konsep dan tema. Majlis makan malam eksklusif? Persembahan bertema sempena Minggu Setiausaha... Hari Ibu… Maulidurrasul? Persembahan percuma? Persembahan amal? Konsert mega yang dihadiri puluhan ribu penonton? Konsert di stadium tertutup… stadium terbuka? Atau sekadar promosi di komplek beli-belah?
Mana-mana saja.. semua pernah saya tengok. Tapi masih ingin terus menonton tanpa jemu. Kenapa? Kerana di setiap konsert atau persembahannya... ada saja sesuatu yang baru.. yang belum pernah diperlihatkan sebelumnya. Walau lagu-lagunya biasa dinyanyi... konsep dan stailnya pasti berbeza. Pengubahsuaiannya sangat praktikal. Dato' Sheila Majid juga begitu. Kita akan rasa teruja untuk menyaksikan kemunculannya.
Siti@AIM2005
Siti@AnugerahEra2005
Siti@ABPBH2007
Kalau stail nyanyian Siti sama macam 4-5 tahun dulu. Kalau konsep lagu-lagunya sama macam 10 tahun dulu.. tiada perubahan... tiada peningkatan... saya akan bosan. Saya tidak kisah dengan imejnya. Stail kampung? Vogue? Berselendang? Bertudung? Terpulang. Yang lebih diutama ialah lagu-lagu dan vokalnya. Ya, saya peminat yang setia. Tapi bila menyentuh soal kualiti... tidak ada kompromi.
Hmmm... tapi apa kaitannya dengan Heliza?
Sebelum Siti.. saya suka Sheila Majid. Selain mereka berdua.. saya juga suka Dayang Nurfaizah dan menjelang April 2007... Heliza masuk dalam senarai.
Tapi saya bukan peminat fanatik yang bersedia terima saja apa yang mereka ‘beri’, sokong saja apa yang mereka buat, puji semata apa yang mereka hasilkan. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri... ada kelainan. Dan saya memilih hanya yang terbaik (mengikut 'citarasa' dan kriteria saya).
Saya pergi menonton persembahan dan konsert mereka kerana yakin dengan kemampuan mereka menghibur. Saya beli album-album mereka kerana saya yakin dengan kualiti produk mereka. Dan sehingga kini, saya tidak pernah kecewa.
Tidak. Saya bukan suruh Heliza jadi Siti Nurhaliza, Sheila Majid ataupun Dayang Nurfaizah. Sebaliknya, sekadar berharap Heliza dapat mencontohi resipi kejayaan mereka. Nama-nama ini sekadar contoh artis-artis yang berjaya (yang saya suka le). Sesuatu yang baik... wajar untuk diteladani. Mereka bekerja keras untuk berada ditahap sekarang. Zaman mereka menapak dulu belum wujud Akademi Fantasia. Mereka memperjuangkan bakat berlandaskan kualiti. Soal populariti perkara kedua.
Apa resipi kejayaan mereka? Pasti antara jawapannya... berdisiplin, komited, berwawasan, bekerja keras, kreatif dan tabah... tidak khayal dengan pujian dan tidak mudah tertekan dengan kritikan.
SheilaMajid@KonsertIJN
Faktor utama saya tertarik dengan Heliza dulu ialah kerana kreativiti dan keberaniannya improvise lagu (selain karektornya yang kuat). Bukan senang nak ‘memandai’ buat lagu orang... macam lagu sendiri. Terutama artis baru. Apatah lagi yang masih dalam Akademi. Minggu pertama pulak tu. Waaah... Heliza memang cukup meyakinkan waktu itu.
HelizaAF5@Minggu1
Dan ciri itulah yang membuatkan saya masih ikuti progres Heliza sampai sekarang, kerana saya percaya Heliza mampu buat lebih dari itu. Bukan saja semakin pandai mengubahsuai... tapi juga semakin mantap vokal dan persembahannya secara keseluruhan.
Sebagai pelapis penghibur masa depan.. memang terlalu banyak perkara yang harus Heliza pelajari dan lalui untuk sampai ketahap seperti nama-nama yang dinyatakan di atas. Tidak mustahil... cuma langkah menuju ke tingkat itu amat berliku. Usah berharap pada konsep ‘nasib baik’. Orang seni tidak boleh hidup dengan simpati.
Sebaliknya, ambil peluang belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Bergaullah dengan mereka yang sealiran... boleh berkongsi pengalaman, bertukar pendapat... mencari idea-idea dan peluang baru disamping bantu-membantu menyelesai masalah.
Pesan orang dulu-dulu.. pandai-pandailah bawa diri ditempat orang. Pepatah orang putih berbunyi... “masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau (baru boleh) mengaum”. Orang jawa pula kata... “follow the flow... don’t overflow..” errkk... apa-apa je lah!
Ruang industri seni kita kecil saja. Pusing-pusing.. orang yang terlibat, berkaitan antara satu sama lain. Andai sekali tersilap.. implikasinya akan melata. Masing-masing perlu berhati-hati.
Heliza seorang yang cekal dan sukakan cabaran… “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan...” saya percaya dia faham apakah kriteria-kriteria yang diperlukan sebagai anak seni yang berjaya. Dan saya yakin dia juga punya sedikit sebanyak ciri-ciri itu, cuma belum berpeluang untuk diaplikasikan sepenuhnya, memandangkan dia juga punya komitmen lain - sebagai pelajar.
Tak apa, masih ada masa untuk bersiap sedia. Potensi sudah ada... tahap keyakinan juga semakin ketara... cuma perlu ‘disemai' dan ‘dibaja’. Boleh mulakan sikit demi sedikit dari sekarang. Apabila tamat pengajian nanti, sekurang-kurangnya Heliza sudah 90% bersedia. Semoga berjaya... Cikgu.. ;)
Apapun, jangan jadikan harapan orang sebagai satu tekanan.. sebaliknya ambil ia sebagai perangsang untuk melakukan yang terbaik.
Ada yang berkata... industri seni ‘sangat kejam’ bagi orang-orang yang ‘lurus’. Tapi sangat ‘menguntungkan’ bagi mereka yang ‘bijak’. Renung-renungkaaan... selamat beramaall. Errr... silap chanel ni… “,)
Sekian.
Kecu... macam biasa ye... hee
Kecu : Nak dengar Heliza nynyi lagu "Di Kayangan Kita"... :)

|