Thursday, August 30, 2007

Mencintaimu


Dalam siri Battle Of The Singers kali ini, 4 penyanyi bertanding dengan menyanyikan lagu "Mencintaimu" (penyanyi asal - Krisdayanti).. Dayang Nurfaizah, Elyana, Marsha dan tak lain tak bukan, Heliza..

Jadi penyanyi manakah yang berjaya membawa lagu ini dengan baik?
Keputusan ditangan anda...

Apa yang perlu anda lakukan untuk menentukan pemenang:
1- Tekan PLAY, tonton.
2- Pasang headphone/earphone, tekan PLAY sekali lagi, tutup mata dan dengar.
3- Undi pilihan anda di poll yang terletak di panel sebelah kiri blog ini.

Oh ya, Krisdayanti tidak termasuk dalam pilihan undian. Kalau dimasukkan, itu 'Buang Karan' namanya.. sudah tentu Krisdayanti tiada tandingannya..

Baiklah, tanpa membuang masa lagi..
Kita mulakan...

1- Krisdayanti
Dinyanyikan di majlis perkahwinan Dato' & Dato'... heheheehhhehehehhehehehe.. sesuatu.. (mmg dah lama teringin nak guna terma ini..)



2- Dayang Nurfaizah
Dinyanyikan sewaktu tersingkir dari One In A Million... Dayang menangis pada awal lagu ini.




3- Elyana
Dinyanyikan diawal kemunculannya sebagai artis pada tahun 2003.


4- Marsha
Dinyanyikan semasa Gempak Selebriti Astro di Putrajaya pada awal tahun ini. Ermm seperti biasa Marsha menukar-nukar lirik.. haih..



5-Heliza
Dinyanyikan pada Malam Apresiasi Sukan Wanita sempena harijadi Mawi yang ke 26.

JOM UNDI?!

.

Tuesday, August 28, 2007

Malam Apresiasi Sukan Wanita ++ - Review

Terlebih dulu nak ucapkan terima kasih kepada Syad atas penawaran tiket untuk kemajlis ini. 24 jam sebelum show... memang tak pikir banyak. Lepas diberitahu sebab musababnya... terus terima. Pukul 11.00am, baru konfem bayar dengan HDC. Akhirnya dapatla juga menonton persembahan Heliza. Emmm.... bermakna, tugasan mereview pun secara langsungnya di'kurniakan' kepada k SHE... owh!

Apapun, sebelum tu, nak pesan kat heliza.... Kalau k SHE kritik 'kaw-kaw', jangan nanges tau, heehee (emotikon bertanduk).

Hmmm.... tak payah la cerita misi nak ke lokasi. Hakikatnya... telah berlaku sesi 'sprint test' & acara 'makan angin'... sebelum tiba ke destinasi :)

Sampai dalam pukul 9.15pm. Wan yang memegang tiket k SHE, dilihat setia menanti ditepi tangga (dalam hati tak tau la, hangat ke hangit ke hangin. Sori terlambat). Kebetulan, waktu kami sampai... Heliza AF5 (emcee asik sebut macam tu), pun baru tiba & sedang sibuk dengan sesi bergambar bersama beberapa petugas.

Masuk.... Datuk Salamon Selamat sedang berucap. Lepas tu ada acara penghargaan kepada ahli sukan wanita. Gitu gini.... selesai. Acara bersantap pun bermula. Sambil-sambil makan tu, Rozita Izlyn menghiburkan tetamu. Tengah sibuk menjamu selera, tak fokus sangat pada persembahan dia. Tapi ok la, lagipun dia kan dah banyak pengalaman menghibur.

Masa yang ditunggu-tunggu.... Heliza AF5 dipanggil naik kepentas. Lepas beramah mesra lebih kurang dengan emcee.... Heliza pun mula nyanyi. Masa tu kami dah surrender sudu garfu... siap sedia nak konsentret dengan persembahan Heliza.

Lepas kata alu-aluan lebih kurang, persembahan pun bermula dengan lagu 'Kau Pergi Jua'. Ok, permulaan dah cantek, nampak lebih konfiden. Dari segi vokal... walaupun kedengaran agak kasar berbanding minggu pertama konsert dulu, bunyinya lebih jelas & lantang. Bak kata KECU... Ni lah suara sebenar Heliza.

Bila ulang verse.... Heliza dengan kreatifnya mula meng'adlib' & mengubahsuai lenggok sana sini. Risau yang amat, andai terkucil. Errr... ada juga berlaku kan? Tapi, k SHE buat-buat tak perasan. Ala, sikit jeee... yang penting, lebih baik dari sebelum-sebelumnya.



Sempat beramah mesra dengan tetamu...

Lagu kedua 'Masri Manis'. K SHE suka juga lagu ni. Tapi tak pasti kenapa Heliza pilih lagu ni. Mungkinkah sebab dia dah mula suka dengan lagu tu, atau atas permintaan orang, atau nak menebus apa yang berlaku waktu dikonsert Gegar U dulu... ops. Apapun, kali ni memang lebih baik dari percubaan kali pertama tu. Mungkin dia dah lebih yakin & lebih bersedia. Bunyi Datuk Siti Nurhaliza pun dah kurang. Malah mungkin bagi yang tak pernah dengar lagu tu, tak boleh agak, itu lagu siapa. Dengan penampilan yang menarik, gerak gerinya pun nampak menawan.... waaahh..

Namun dari segi vokal, ada sikit sebanyak yang perlu diperbaiki. Apa yang diperhatikan, kalau Heliza bergerak kesana sini lebih sikit... lontaran suaranya akan terjejas, seperti kurang stamina. Ada ketikanya macam 'makan lirik,' ...tak berapa jelas. Namun, sekali lagi... kekurangan itu berjaya di'sembunyikan' disebalik tarikan fizikalnya.

Lagu ketiga, 'Cinta Di Lautan Lalang'. Versi minus one ni kedengaran lebih menarik & mantap walaupun susunan muziknya masih sama dengan konsert akhir dulu. Lagu sendiri... sesukahati dia nak buat macam manapun. Bila selalu dinyanyikan, lagu ini seperti sudah 'sebati' dengan dirinya. Walau masih ada lagi gangguan sini sana... tak begitu ketara. Tak mencacatkan persembahannya.

Lagu keempat, 'Gadis & Bunga'. Tak pasti la pendengaran orang lain, tapi bagi k SHE, suara Heliza kedengaran agak nyaring. Ala-ala key Candy pulak. Lagu ni tak banyak gangguan, errr.... atau k SHE yang tak perasan, sebab sibuk amik gambar & leka dengan keletah dia yang ala-ala manja menggoda tu. Persembahan yang menghiburkan walaupun awalnya ada masalah teknikal.... bila CD minus one tersangkut. Ada lah dekat 1 minit juga Heliza terpaka 'cover' situasi, sementara tunggu masalah diatasi. Macamana dia mengisi ruang tu? Nanti k SHE cerita kat bawah...


Berlenggang-lenggok gadis & payung ni...

Sebelum tamat segmen Heliza, ada acara cabutan bertuah. Heliza yang mencabutnya. Seluk punya seluk... ada la rezeki untuk beberapa warga HFC & HDC. Tahniah.

Segmen Heliza tamat. Mawi pulak muncul. Nak review juga ke? Tak payah la kan. Tentu MawiFC ada review kat ‘sana’... sila-sila...

Cuma dipertengahan segmen tu, masa Mawi nyanyi lagu 'Nur al ain' (betul ke ni?), verse pertama Mawi nyanyi... tiba-tiba ada satu suara merdu dari belakang pentas ulang verse yang sama. Ooo... Heliza! Rupanya mereka berduet lagu ni. Ok juga, walaupun ada sikit ketidakserasian dari segi key. Kurang latihan agaknya, Heliza macam teragak-agak nak 'tarik' & menokok tambah. Atau memang dia sengaja tak mahu 'overshadow' Mawi...

Ya? Apa dia? Haaa... Paan ni la, entah berapa kali pesan suruh masukkan point dia dalam review ni :) ...tentang key Heliza yang tak boleh ikut Mawi. Kejap tinggi kejap rendah. Lepas tu rendah & rendah.


Tapi menarik juga bila tengok dia ikut menari bersama Mawi & penari latar. Ala, step yang biasa Mawi buat kalau nyanyi lagu tu la.

Selepas tu ada acara kejutan birthday untuk Mawi. Tak sangka Heliza muncul lagi. Dia nyanyi lagu 'Mencintaimu' mengiringi acara sambutan tu. Sambil-sambil tu, turun ke meja Mawi yang duduk bersama emaknya. Boleh tahan juga nyanyian tu... dengan feel yang bersungguh-sungguh... terserlah kemerduannya...

Selamat Hari Lahir... Mawi

Ok, habis review acara malam tu. Sekarang nak komen secara keseluruhannya....

Busana
Baju tajaan Amin Jauhari, katanya. Citrawarna... tapi bila Heliza yang pakai, nampak cantek aja. Sesuai dengan majlis & personalitinya.



Vokal
Nampaknya malam tu, Heliza macam seronok mengaplikasi adlib & ubah suai lenggok sana sini. Setiap lagu yang dia nyanyi mesti ada. Memang pada bahagian-bahagian tertentu, nyanyian dia jadi lebih menarik.

Apapun, adlib ni bukan saja suka-suka menokok tambah nak tampilkan kelainan, tapi bertujuan untuk mencantekkan lagu. Bukan semua penyanyi mampu adlib dengan baik. Apa yang Heliza cuba buat tu bukan setakat adlib biasa, tapi ditambah dengan lenggok tahap 'vokal akrobatik' (ada ke istilah ni..). Dayang Nurfaizah saja yang tak ada masalah dengan teknik ini. Mencuba tu boleh, tapi kena pastikan betul-betul konfiden mampu buat & elakkan daripada berlebih-lebihan.

Adlib & lenggok melenggok ni sebenarnya 'mencuri' sikit tenaga. Satu lagu... masih boleh bertahan. Masuk lagu kedua... mula ada gangguan sikit sini sana. Yang paling ketara, nafas kedengaran agak terganggu. Heliza perlu belajar teknik pernafasan yang betul, macamana nak mengawal vokal supaya tak kedengaran semput, walau beraksi lincah.

Cuba dapatkan petua dari yang pakar tentang macamana persediaan nak jaga stamina sebelum membuat persembahan. Kalau ikut salah satu petua Datuk Siti Nurhaliza (contoh saja... harap maklum)... katanya, kebiasaannya sebelum buat persembahan dalam konsert atau show besar, dia suka berjoging sambil menyanyi. Pakailah headphone, pasang walkman & nyanyi la sambil berjoging untuk jangkamasa & kekerapan yang tertentu. Aktiviti tu mampu menseimbangkan ketahanan tenaga & vokal.

Selain itu, k SHE cadangkan Heliza ikuti kelas vokal secara intensif. Sebab segala kekurangan ini perlu diatasi dalam jangkamasa yang singkat... ye lah, waktu permintaan masih tinggi & sebelum dia 'kembali kesekolah'. Apa yang dia pelajari di AF dulu memang membantu mempertingkat prestasinya, tapi belum cukup untuk diaplikasikan dalam persembahannya. Atas inisiatif sendiri, Heliza kena cari ilmu & kutip pengalaman lebih lagi.

Komunikasi
Seperti biasa, k SHE tak ada masalah dengan komunikasi Heliza & interaksinya dengan penonton. Bab ni memang tak ada apa nak komen sangat. Paling menarik, masa insiden muzik tak keluar bila Heliza nak nyanyi lagu 'Gadis dan Bunga'. Masa ni lah kebijaksanaannya mengawal acara, teruji. Memang terbukti Heliza ni seorang yang sangat peka. Pantas memberi tindak balas. Dia nampak lebih bersedia andai ada berlaku sebarang kemungkinan yang tak dijangka. Hasilnya, macam tak ada apa-apa berlaku. ‘Siaran tergendala’ tu, diisi dengan 'iklan payung & bunga', serta sesi beramah mesra bersama penari latar. Penonton pun nampak terhibur dengan gelagatnya. Tahniah!


Showmanship
Suatu hari... kalau boleh nak Heliza berjaya kuasai nyanyian & tarian sekaligus, macam.... (ish, malas ni nak tulis)...emm... macam nama yang k SHE tulis diatas tuuuu....

Bukan nak suruh Heliza jadi macam dia seratus peratus. Tapi, memadai kalau Heliza mampu pamerkan gerak tari yang menarik seiring dengan vokal yang mantap. Selain dia, siapa lagi penyanyi hari ni yang mampu buat macam tu? Tak ada...

Vokal Heliza masih belum konsisten, itu sebabnya dia perlu ada 'sesuatu' yang boleh diseimbangkan dengan kekurangan yang ada. Atau dengan kata lain, menutupi sedikit sebanyak kelemahannnya. Personaliti & penampilan yang menarik; dia ada pakej tu... apa salahnya pergunakan sebaik mungkin.

Gementar? Ada ‘stage fright’? Semua penyanyi ada perasaan ni bila muncul dipentas. Ada yang kata, ia perlu bagi menaikkan semangat untuk memberikan hasil yang terbaik. Kalau tak ada ‘stage fright’, mereka akan jadi ‘over confident’ & kurang bersungguh.

Bila diperhatikan, Heliza kalau masa berlatih dengan show sebenar... persembahannya tak sama. Selalunya lebih baik masa latihan. Kenapa? Mungkin masa show sebenar.... terasa tekanannya. Macam-macam yang bermain dalam kepala. Tengah nyanyi pun boleh terfikir... ‘betul ke lirik aku ni... baju senget ke... solekan comot ke, sumbang ke verse tadi... boleh ke tarik sore ni... mereka suka ke...’ dll andaian. Akibatnya... riak muka nampak risau & fokus pada nyanyian jadi kurang.

Tip dari penyanyi yang biasa buat show... kalau boleh, waktu di atas pentas tu, cari wajah-wajah yang biasa dilihat & disenangi. Ini boleh menaikkan semangat & membuat diri rasa selesa. Atau andaikan saja yang menonton tu kawan-kawan sendiri atau orang-orang yang dikenali. Jadi diri tak rasa tertekan dengan respon penonton.

Apapun, secara keseluruhannya... K SHE berpuas hati juga dengan persembahan Heliza malam tu. Memang masih ada yang perlu diperbaiki (semua penyanyi akui keperluan ini), namun sebagai orang baru, apa yang dipamerkannya setakat ini, boleh dibanggakan.

Majlis malam itu pun berlangsung dengan lancar mengikut jadual. Tahniah kepada penganjur & mereka yang menjayakan program ini!


Sekian...


****************************


Wah, lama tak tulis entry, kali ni macam 'gila kuasa' pula - post dua cerita sekali! Ok, cerita kedua:


Kareoke Bersama Heliza - seperaaaiisss!

Selepas sesi beramah mesra dengan makhluk2 di zoo (k SHE ikut serta aktiviti Helizachat: Jalan-jalan Ke Zoo Negara), acara diteruskan dgn sesi mensumbangkn sore di KTV, Plaza Ampang. Dipendekkn cerita... grup perempuan, sampai di sana lebih kurang pukul 6.00ptg. Mereka yang lain menghantar Paan balik dulu.

Dapat call dari Syad, tanya "dimana sekarang?". Katanya kebtulan balik dari Planet Hollywood, nak 'jenguk' aktiviti kami. Walaupun nak singgah sekejap saja, tak pe, janji datang. Memang dialu-alukan.

Lebih kurang pkul 6.22pm, Syad call lagi, tanya nomor bilik. Disebabkan kemeriahan bilik dengan paduan suara Ann & Zeq, k SHE pun jawab pnggilan diluar. "..bilik 57... sbelah kanan, jalan skit, depan tu aja...". Sambil tu tinjau-tinjau la kelibat Syad. Memang bilik tu tak jauh dari pintu masuk. Haa... tu pun dia... lambai kat dia. Tp, errr..... ee eh..., yang sebelah tu, yang senyum2 simpul tu, macam kenal aja... Heliza? aik...

...dipendekkan cerita, lepas bertanya khabar gitu gini, tetamu berdua ni pun masuk kebilik 57 tu. Haa... tu dia... tiba2 bilik jd gamat dgn jeritan keterujaan peserta2 karaoke yg tadinya asyik mengetest sore. Berlakulah sesi beramah mesra dengan tetamu2 ni. Kemudian, aktiviti pun disambung semula. Tp kali ni mikropon dah bertukar tangan.

Heliza dah kuasai acara! Macam2 lagu dia nyanyi... 'Kesal', 'Gadis & Bunga', 'Kekal', 'Berdua Lebih Baik', 'Menyintaimu'... & ada beberapa lagi(tak ingat). Adlib sana sini, mcm2 lirik dia tokok tambah, jd DJ lah. Ish3, kreatip sungguh. Tak cukup tu, bila tak sampai key.... mula lah ubah suai sesedap rasa... yg tinggi direndahkn, yg rendah diflatkn, yg flat di'sumbang'kan, ehehe. Memang gamat.

Cuma ada satu lgu aja yg dia bersungguh sikit... lagu 'Debaran Cinta'; Datuk Siti Nurhaliza. Agaknya dah selalu tngok MTV tu, siap afal lagi dialog Nicolas Saputra masa intronya. Cuma dialog Siti yg ni aja dia tak sempat... "kenapa banyak sgt barang atas kereta u?" :).

Apapun, tu la 'persembahan' terbaik Heliza ari tu. Hep... jangan nak pertikai ek, kan k SHE dah kata sebelum ni, asal bunyi sore mcm Siti.... sedap aja ditelinga ni, huuuu.... bias!

Walaupun puasa... vokal Heliza masih bertenaga. Semangat menceriakan suasana tetap kuat. Terima kasih Heliza... sanggup datang menyinggah walau keletihan akibat jadual aktivitinya yg cukup padat. Dalam sekejap tu.... sampai la juga ke pukul 7.30pm lebih kurang, baru dia gerak balik. Tu pun lepas dipaksa berbuka disitu (kebetulan bekalan ke zoo masih ada). Siap bawak balik lagi.

Sebelum berangkut tu, macam biasa... sesi wajib, iaitu 'acara berfoto sakan'. K SHE tak aktif sangat mempotret ari tu, jadi ni lah saja yang ada. Terimalah seadanya...


Masa untuk senyuuuummm.... ngeeee....

Mari berbuka puasa... Alhamdulillah...

Heliza & makanan... memang tak boleh dipisahkan...

Sesi pembahagian bekalan....

Bereh!.... ada dua lagi peserta yg terkeluar frame....


Kepada mereka yang tak dapat ikuti aktiviti ni, jangan kecik hati. Sesi karaoke ini hanya dirancang 'last minute', waktu menunggu hujan teduh selepas jalan-jalan di zoo. & kedatangan Heliza tidak dijangka sama sekali. InsyaAllah, dilain hari & masa, mungkin akan ada peluang seperti ini atau yang lebih istimewa lagi untuk semua.

Sekian.

Sunday, August 26, 2007

Sepetang di Planet Hollywood

Penat! Penat! Penat!
TAPI...
Best! Best! Best!

Saya tak tahu bagaimana dengan anda, tapi saya memang sentiasa menantikan persembahan Live di Planet Hollywood. Ada sesuatu tentang system bunyi dan suasana di Planet Hollywood yang saya sangat suka... Suka atau tidak artis itu, saya akan cuba hadir.. Kalau penyanyi kegemaran yang membuat persembahan, saya akan menempah tempat duduk seawal yang mungkin.. kalau bukan penyanyi kegemaran, saya akan pergi sekadar berhibur sambil melayan muzik live.. Kadangkala boleh jatuh cinta juga bila dah dengar persembahan penyanyi itu secara live.. Itulah bagaimananya saya boleh terjatuh hati dengan Misha Omar.. di Planet Hollywood.

Planet Hollywood.. sungguh sentimental bagi saya dan telinga saya.. Dan sebab itu.. setiap kali saya pergi menonton persembahan live disana.. saya hanya akan pergi dalam kumpulan kecil yang terdiri dari orang-orang yang istimewa buat saya.. sebab bagi saya the best things are best enjoyed with your loved ones and the smaller the group the bigger the share.. ;)

Semalam saya pergi bersama 2 orang rakan. Semalam saya pergi kerana Mila dan Marsha... Semalam saya terhibur dan puas berhibur.. Oh dan semalam saya terjumpa Heliza disana! Ya, Heliza pun ada.. Baru lepas photoshoot katanya. Saya puji kesungguhan beliau untuk hadir pada petang itu. Dalam kepenatan yang terpapar di raut wajahnya, Heliza datang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan.

Sebab utama saya ke Planet Hollywood pada petang itu.

Oh btw, review Malam Apresiasi Sukan Wanita bersama Mawi dan Heliza akan menyusul dalam beberapa hari lagi. Sabarlah ye.. kita komen Mila dulu.. heehehe..

Ingatkan ramai orang macam selalu tapi semalam tidak pula. Oleh kerana ini rakaman khas, meja-meja ditolak tepi.. Jadi masih ada ruang untuk berjalan-jalan dan menari-nari.. Kalau nak buat persembahan sendiri pun boleh... Baaaanyak ruang kosong. Hahaha!!

Show bermula pada jam 3.30pm.. Mila, Ebi, Candy, Marsha dan Sahri membuat persembahan pengenalan dengan lagu Let's Dance Together.. Mila comel sekali.. saya berdiri dibelakang pada waktu ini. Kadangkala Mila hilang dari pandangan... kecil sangat orangnya! Marsha seperti biasa akan buat part yang jerit-jerit.. hahaha.. ape nama teknik itu?
Komen Syad: Takde lagu lain ke?? Dah bosan lah dengan lagu ini... hmmm... Lagu lagu yang saya sudah naik jelak antaranya - "Let's Dance Together, Berdua Lebih Baik, Pudar, Kesal, Diakhir Garisan"... OMG!.. Kalau Gempak Selebriti Astro yang akan datang ada mana-mana antara lagu-lagu ini, saya akan tutup video camera saya dan balik... HAHAHAH... kidding.. taklah marah macam tu kan?

Selepas pengenalan, tinggallah Mila, lady of the evening diatas pentas...

Lagu-lagu yang disajikan :


1- Medley lagu-lagu Ella. (Nuri,Kesal, Layar Impian dan Sembilu) - Mila
Sebuah komposisi medley yang baik.. Lagu baik, vokal yang baik.. Adakah saya bias kerana ada lagu Kesal atau sebab Mila? Tapi jujur saya katakan.. sangat baik! Yelah, Mila memang boleh membawa lagu-lagu bernada tinggi seperti rock.. Jika anda mahu saya membuat perbandingan antara Kesal Mila dan Kesal Heliza.. sangat susah untuk saya katakan siapa lebih baik. Kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Beginilah.. Mila membawa lagu Kesal senarionya 'Mila nyanyi Kesal'.. Bila Heliza membawa lagu Kesal, senarionya 'Heliza punya Kesal'. Faham maksud saya? Fikirkan. :) Rakan-rakan saya lebih suka nyanyian Heliza.. Saya? Erm.. biarlah rahsia.. heheheehe...

Mungkin anda patut membaca semula komen konsert ke-8 saya untuk tahu pendapat saya tentang ini : KLIK SINI

2- Seksis. - Mila
Saya memang susah nak suka lagu ini. Dan saya rasa lagu ni tak sesuai dengan Heliza.. eh.. Mila.. tersasul pula.. Tak best. Malas nak komen. Mila telah menjemput seorang peminat untuk naik ke pentas bersamanya. Sporting sekali jejaka itu. Tapi saya tetap rasa tak best. Vokal Mila macam ada kekurangan, kedengaran bunyi-bunyi semput dalam nyanyiannya.

3- Ada Cinta - Duet Mila n who else.. Ebi lerr...
Seperti yang dijangka, pasangan duet ini akan kekal sebagai pasangan duet sampai tahun 2009... Macam Uji Rashid dan Hail Amir.. Chemistry yang baik sekali.. Kalau anda sukakan persembahan My Heart mereka... Anda tentu akan sukakan persembahan ini. Dan semestinya lebih sedap dari Acha dan Irwansyah... HAHAHA!

4- This Love - Ebi
Saya tak ngantuk dengan nyanyian Ebi ini! Penuh bersemangat ebi menyanyi..

5- Can't Take My Eyes Off You - Marsha
Dari dulu.. saya jarang mempunyai masalah dengan nyanyian Marsha.. Suara Marsha unik. Jazz muzik jiwanya. Kecantikan itu asetnya... Tone suara Marsha sentiasa menang dihati saya. 1 perkataan - 'Melodious' ... Nampaknya Marsha telah banyak peningkatan dalam mempelbagaikan nyanyian dalam lagu ini. Lagu ini memang sedap pada zahirnya dan saya rasa lagu ini lebih sedap bila dibawakan oleh penyanyi yang pandai menambah-nambah dan mengubah-ngubah alunannya. Dan nyanyian Marsha semalam, amat bagus sekali! Sebab itu saya rasa Heliza juga patut mencuba lagu ini kerana sesuai dengan hobinya yang suka menggubah bunga yang telah digubah.. :p

Tapi satu saja.. saya tak berkenan betul dengan betapa pendeknya skirt Marsha semalam... oh well..

6- Cinta -Marsha, Mila, Candy
The best performance of the evening, at least for me. Paduan suara yang bagus sekali.. Saya tidak tahu apa yang kelaut apa yang tidak.. Bagi telinga saya, ia sedap sekali… Powerful.. Boleh dengar kelainan dan kelebihan vokal masing-masing.


Kesemua mereka begitu menghayati lagu ini.. Ekspresi mereka menerangkan semua.. Tapi itu sebenarnya saya rasa bukan masalah untuk mereka.. Hahhaa.. kenapa? Sebab Marsha memang dikurniakan air muka yang sangat expressive. Bila lapar, bila penat, bila sedih, bila gembira, bila bingung, bila tenang, dia tidak perlu kata apa-apa… Wajahnya akan bercakap sendiri… Mila memang ada raut wajah dalam kerisauan dan candy pula memang selalu kelihatan serius.. Kalau heliza? Ekspresi muka heliza sering dikaburi matanya. Mata heliza sangat kuat daya tarikannya sampai ekspresi wajah pun kabur dek mata… Jadi bak kata Ogy “Menggunakan ekspresi mata yang salah untuk ekspresi yang salah”.

Teknik penghayatan lagu :- Kecik... Beshoo... kecik... besho.. kecikkkk... keciikkk.. kecik lagi...
Boleh tak saya nak request pada Astro? Boleh tak untuk Gempak Selebriti yang akan datang, tak mahu lagi lagu Cinta Diakhir Garisan untuk lagu berkumpulan wanita? Bosan lah. Dah lebih 2 tahun lagu asyik lagu tu. Lagu Cinta ni kan ada? Boleh? Pleaseeeee…… heheh..

7- Candy -Demam
Saya suka! 4 lampu biru untuk Candy!... Sungguh bertenaga.. lagu-lagu sebeginilah yang sedap didengar dalam persembahan live.. Bertenaga, muzik yang terasa degupannya, jika anda faham maksud saya. Sejujurnya saya tidak pernah suka lagu ni, biasa-biasa aja. Tapi semalam… saya dah mula jatuh hati dengan lagu ini… versi live band.

8- Umbrella - Mila (bersama Noni)
Erm… Ini kali kedua saya dengar Mila menyanyikan lagu Inggeris. Dahulu “Gotta Tell You”… Kalau dibandingkan antara persembahan semalam dan dahulu.. Ini jauh-jauh-jauh-jauh lebih baik. Noni begitu lincah sekali menyanyikan lagu ini bersama Mila. Saya tak berapa perasan Noni.. tumpuan saya hanya pada Mila.. Mila.. dan Milaaaaa…

9- Sahri dengan lagu baru
Sedap…

10- Sembunyi - Mila & Sahri (yes, for a change please.)
Saya memang minat sangat dengan Misha Omar… dan lagu ini antara lagu yang bermain di MP3 player saya sekarang ini.. Tapi.. erm.. erm..erm.. kenapa saya rasa Mila nyanyi lagi best? *Bangun bangun bangun!! * .. Saya suka pula Mila bawa lagu ini.. sesiapa ada rakaman lagu ini boleh tak kongsi bersama? Saya sukakan cara Mila membawa lagu ini... saya kurang pasti apa rencahnya.. Mungkin sebab muzik live? Mungkin gabungan Mila dan Sahri yang membuatkan lagu ini menjadi? Tapi apapun sebabnya, memang sedap.

11- Datanglah - Faizal
Pun Sedap.. erm.. sedap lah.. Tapi as usual, Faizal over semangat.

12- Medley Sudirman ( Salam Akhir, Warisan, Chow Kit Road)
Suara Faizal macam Sudirman sangat! Kenapa dia tak di chop Klon? Kenapa?

13- PERSIS MUTIARA!! - Heliza... eh.. Mila.. dan adik-adik Mila..
Persembahan terbaik Mila pada petang itu.. Dari konsert akhir AF5 lagi saya sudah jatuh hati dengan lagu ini walaupun kadang-kala saya rasa Misha Omar juga sesuai dengan lagu ini.. Mila ternyata sudah sebati dengan lagu ini.. sudah lembut lidah menyanyi, lancar melody, sungguh sedap sekali.. i like it very-very much! 4 lampu biru, 2 lampu signal, 1 lampu handphone, 3 lampu traffic light dan 150 lampu kelip-kelip di veranda rumah semasa hari raya...

Oh ya, adik-adik Mila dipanggil keatas pentas untuk menyanyi bersama.. comel!..
Syabas Mila!! Tidak lupa juga semua yang membuat persembahan - Marsha, Candy, Ebi, Sahri & Faizal! Syabas diucapkan.. Sebuah persembahan live yang berjaya.

Bertambah suka saya pada Mila selepas semalam.. Tidak sia-sia sokongan saya selama ini.. Marsha juga tetap dihati.. Dan Candy, menarik juga...

Marsha, Can't Take My Eyes Off You...

Heliza, Can't Take My Eyes Off Your Eyes ... So let's swap.. I give u my eyes, you give me your eyes.. HAHHAHA!!

Mila sangat beruntung mendapat peluang membuat persembahan di Planet Hollywood pada awal kemunculan sebagai artis.. Ramai artis kena tunggu bertahun-tahun sebelum mendapat peluang ini. Tidak lupa juga Candy, Ebi, Marsha, Faizal dan Sahri yang turut diberi peluang..

Saya sebenarnya sangat dan masih terkilan yang Heliza tidak diberi peluang ini.. Dalam melayan persembahan pentas semalam, ada beberapa ketikanya saya terasa sedikit kesayuan jauh disudut hati mengenangkan ini.. Takpe.. in the future.. Insyallah... As for now.. let's enjoy the show. :)

Mungkin Heliza tidak dipilih kerana tempat itu pun namanya Planet Hollywood.. Restoran barat yang bertukar menjadi pub pada waktu malam... minuman keras pun boleh dibeli pada bila masa saja.. Jadi kemungkinan juga dengan mengambil kira semua ini, Planet Hollywood mungkin tidak sesuai dengan imej muslimah bertudung... Hanya pendapat optimistik saya..:)

Jadi persoalan saya.. adakah Mawi akan membuat persembahan di Planet Hollywood suatu hari nanti?

Bercakap tentang Heliza.. Kasihan juga Heliza tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persembahan rakan-rakannya kerana melayan lensa-lensa kamera yang tidak putus meminta perhatiannya.. Tapi Heliza tetap Heliza.. sentiasa murah hati dan sporting.. dengan senyuman dan hati yg terbuka, beliau melayan...

Oklah.. berhenti disini dahulu..
Tengah mengumpul video sekarang ini..

Sementara itu, layanlah video ini. Medley lagu-lagu Ella (Layar Impian, Nuri, Sembilu dan Kesal) oleh Mila. Terima Kasih Bayieng kerana berkongsi!.. :)



** Entri selepas ini : Heliza n Mawi berkebun di lautan lalang. :)

Thursday, August 23, 2007

WISMA PENYAYANG - REVIEW

Setelah berkomplot dengan Syad untuk sama-sama pergi menyibuk di Wisma Penyayang di Seri Kembangan. Kami pun mula bertolak tepat jam 12.00 tgh.. (lebih kurang lee, setelah di campur tolak dgn aku tersilap stesen lrt lagi). Sampai disana kami telah disambut dengan karpet merah oleh ketua puteri Umno cawangan Seri Kembangan iaitu Huda..

Seperti yg dijangka acara untuk Heliza belum bermula. Kami telah meluangkan masa bersama-sama Heliza sambil makan tengahari di khemah yang disediakan. Sambil makan sambil gossip… heee

Kurang pasti pukul berapa Heliza mula menyanyi tetapi Heliza telah membawakan 2 buah lagu iaitu “Kau Pergi Jua” dan “Cinta Dilautan Lalang” asalnya tetapi telah ditukar kepada lagu “Kesal”.


Rata-rata penonton yang duduk dibarisan hadapan adalah peminat-peminat kecil.. Peminat-peminat besoo kecik pula lebih rela duduk dibawah teduhan khemah. Heliza memulakan nyanyian pertama dengan membawakan lagu “Kau Pergi Jua”. Jika diimbau kembali, lagu inilah yang menambat hati peminat buat pertama kali menonton persembahan Heliza sewaktu di konsert pertama AF dahulu. Dan kali ini Heliza sekali lagi menambat hati penonton dengan cara nyanyian yang lebih matang. Walaupun suara Heliza agak kasar jika dibandingkan dengan konsert pertama dulu (yelah suare blum matured lagik kan time tu.. heee) namun style adlib atau menambah2 nampak lebih kemas dan sedap. Saya suka cara Heliza membawakan lagu ini. Terpegun sekejap bila melihat dan mendengar lagu “Kau Pergi Jua” kali ini. Penonton pun nampaknya terhibur.

Selang beberapa artis Heliza kembali sekali lagi dengan persembahan beliau. Kali ini membawakan lagu “Kesal”. Apa yang boleh saya katakan… saya tidak Kesal pun berdiri ditengah panas sambil merakam video persembahan Heliza. Heliza kali ini menyanyi dibawah pentas sahaja. Mungkin kerana rasa ingin lebih dekat lagi dengan penonton. Tiada lagi kedengaran kepit suara seperti sebelum ini. “Kesal” juga Nampak lebih kemas dan sedap. Terutama pada nada tinggi.

Melihat pada persembahan Heliza .. saya terfikir yang Heliza sebenarnya perlu rasa lebih selesa sebelum memulakan persembahan. Ini kerana apabila Heliza terlalu tertekan atau terlalu berfikir Heliza akan hilang fokus. So Heliza selepas ini cuba lebih fokus dan lebih tenang… ek.


Busana Heliza pun cantik..tetap dengan pink and white.. walau pada awalnya dia agak kepanasan.. maklumlaa bajunya menutup setiap inci bahagian badan yang perlu ditutup dan matahari pula memancar.. angin pun tiada.. panas terik la jadinya!..

Gambar atas: Kanak-kanak rombongan sekolah menunggu cikgu menandatangan kad aktiviti ko-kurikulum.

Saya amat bangga berada disitu kemarin... Mana tidaknya, dalam pengamatan saya, persembahan Heliza paling mendapat sambutan.. peminat atau tidak.. yang pasti ramai menonton. Heliza juga pandai berinteraksi dengan penonton... Saya juga tertarik dengan cara Zila berinteraksi dengan penonton... Zila nampaknya sudah banyak belajar selepas lebih dari setahun bergelar artis... :)

Selepas sessi persembahan solo…. Penutupnya di akhiri dengan persembahan berkumpulan bersama lagu “Seiring dan Sejalan”.

Seterusnya sessi autograph. Saya tidak tunggu lama waktu ini kerana perlu pulang bersama Syad. Kalau ikutkan mahu saya tunggu sekejap sebab Huda n the geng berancang untuk minum petang bersama.. tapi Syad hendak pulang... nak dating jumpa kekasih hati katanya.. heee... Dalam rushing hendak pulang.. kami boleh tersesat lagi… pusing2 satu kawasan.. tak kuar2 jugak… tensen!…

Seiring dan Sejalan: Zila pula tak masuk dalam gambar..


Shawal dan Heliza: Khas buat yang suka meroyan. x-p

NOTA : GAMBAR-GAMBAR ADALAH IKHSAN DARI KAK ZEQ..
------------
*Nota Kaki Kananku : Keputusan Kuiz...

RESULT
SKAUT = 65
BERZERK = 57

MINSMAK = 56

APEHEL-KO-TAK-KASIK-LAGI-FRENSTER = 50

CIPANBAKAR = 31

NORIDAH = 20


Wednesday, August 22, 2007

Contact Lens Baru!

Salam all!

Hopefully you guys can get use to this new look of ours.. Blog Mata skarang dah ade contact lens baru!.. We went for a white colored background simply because we wanted a cleaner look..


Kecu designed the graphics.. so Kudos to Kecu!
And thanks to Heliza for the beautiful eyes... the picture i mean.. hik...

Tell us wat you think?



Sunday, August 19, 2007

Review Gegar U, Penang.

Nak hentak saja kepala di dinding bila Gegar U sama tarikh dengan hari perkahwinan kakak kawan baik saya... Dan satu di KL, satu di Penang... Kalau di Terengganu ke, Johor ke.. mungkin tak ralat sangat. Tapi kenapa mesti di Pulau Pinang? Dan kenapa mesti minggu ini? Argh!! Saya memang suka 'feel' live music... Heliza, Mila dan Datuk Siti Nurhaliza ada pula tu!!

Apapun.. saya dan kakak kawan baik saya ini memang rapat.. Dia dah macam kakak saya juga.. Berada di hari perkahwinannya lebih bermakna.. Lebih-lebih lagi bila saya banyak mengambil bahagian dalam proses perancangan perkahwinan..


To Ayie.. (yang mungkin membaca blog ini kerana dipaksa... hik..)
Congratulations! U looked stunningly beautiful last night. Wish u all the best...
Dari kiri : Misha Omar, Syad..


Anyway....

Semalam dalam kesibukan.. saya sempat melihat persembahan Heliza di kaca TV.. nasib baik saya memang dah biasa dengan rumah tu.. jadi boleh buat suka hati.. HAHAHAA... Apa lagi.. tengok lah TV!! Tapi mana nak sama TV dengan Live.. Rasa terkilan juga tak dapat tgk live betul-betul..

Video dari persembahan Masri Manis nyanyian Heliza :
(Kredit to Jeng2)

Saya puas hati.. Bukan persembahan terbaik Heliza.. tapi saya puas..


1- Faktor Siti Nurhaliza

Ramai yang bertanya... kenapa Heliza nyanyi lagu ni? kenapa pilih lagu ini? Sebenarnya seperti yang difahamkan, ini bukan pilihan Heliza... Heliza tahu kelemahannya. Masalahnya dengan beliau ialah apabila beliau menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.. bukannya tak sedap.. sedap.. masih sedap.. tapi bunyi nya tak alih macam suara Datuk Siti Nurhaliza.

Jadi persoalan saya ialah.. Adakah tone Heliza sama dengan Datuk Siti Nurhaliza? ATAU... Lenggoknya yang membuatkan terkeluarnya bunyi Siti itu? Sebab kalau di dengar semula klip diatas.. (Tekan PLAY dan pejamkan mata anda.. dengar betul-betul).. Boleh dengar suara yang keluar itu taklah macam Siti sangat.. Sebab suara heliza agak kasar dan serak (rough) berbanding Siti. Kadang-kala terdengar juga speech voice Heliza.. TETAPI.. apabila beliau menambah lenggok di penghujung rangkap... maka sengau-sengauan sempit-sempitan bunyi-bunyian Siti Nurhaliza pun sayup-sayup kedengaran..

Saya tidak arif dalam bidang seni vokal ni.. ada sesiapa yang boleh terangkan senario ini?

Antara kelebihan Heliza ialah kepandaian beliau dapat mengubah sesuatu lagu itu dengan menambah lenggok dan style nyanyian... jadi lagu versi beliau selalu agak lain dan 'revamp'... Lebih sedap atau tidak, itu subjektif... bagi saya ini kelebihan kerana, kalau sama saja nyanyiannya, baik nyanyi karaoke saja.. TETAPI.. lagu-lagu Siti Nurhaliza kebanyakannya penuh lenggok..Jadi ruang untuk Heliza jadikan sesebuah lagu itu versi beliau amat kecil.. ditambah pula dengan kurniaan Tuhan pada suara beliau.. Segala kelebihan Heliza ini tidak boleh diaplikasikan dalam lagu-lagu Datuk Siti...

Jika anda ingat wishlist saya untuk Heliza.. saya ada selitkan 1-2 lagu Datuk Siti Nurhaliza kerana saya nak 'test power'.. kalau-kalau Kesal yang di nyanyikan lebih 3 bulan lepas.. dapat merubah corak nyanyian Heliza untuk jangka masa yang panjang... Ternyata Heliza perlu lagi latihan untuk membentuk identiti sendiri dalam style nyanyian.. Dan kalau boleh dimasa hadapan, pihak penganjur janganlah 'seksa' Heliza dengan lagu-lagu Datuk Siti.. Kan banyak lagi lagu yang sedap-sedap?.. Lainlah kalau ada penganjur mahu Heliza nyanyikan lagu datuk Siti kerana yuran Datuk Siti terlalu tinggi, tak cukup budget.. ekekekeke... Heliza lah pengganti.. itu kita buka kes lain pula.. :p


2- Faktor Bukan Siti sebab tak releven...
Saya suka pakaian Heliza semalam... Warna hot-pink sentiasa nampak cantik dengan Heliza.. Tapi saya tertanya.. kenapa ramai yang SMS saya semalam memuji pakaian Heliza? Pelik.. kerana saya tidak terlibat pun dengan pemakaian Heliza.. Hmmm..

Oh.. Hari ini genap 3bulan Heliza bergelar artis! (19 Ogos 2007.. Konsert Final -19hb Mei)
Tahniah Heliza kerana masih berjaya mendapat tempat.. Cover page ruangan hiburan di Berita Harian Jumaat lepas.. :) You go girl!!

Thursday, August 16, 2007

Spontan : Kisah 7 hari makan Mi Cintan gara-gara terbaca blog Heliza...

Panjang kan tajuk kali ni? Hahahaha!!Mungkin inilah tajuk paling panjang yang ada di blog ini. Macam tajuk dalam majalah Mastika! Tapi inilah tajuk paling sesuai untuk entri ini..


MOHON PERHATIAN
Sebenarnya saya ingin mengalih pandangan semua kerana saya perhatikan terdapat banyak komen negatif yang ditujukan kepada sesetengah pihak (bukan Heliza) yang ditinggalkan di ruang komentar entri yang lepas.

Jadi...
Saya ingin mengambil peluang ini sekali lagi untuk memohon kepada semua agar tidak meninggalkan komen-komen berbentuk sindiran dan kutukan kepada pihak tersebut di blog ini. Sudah berulang kali saya minta dan harapnya ini kali terakhir. Kenapa?
1. Mak saya kata Tuhan kata tak baik tauuu..
2. Nanti kami juga yang kena kerana seolah-olah menyokong anda. Tanggapan negatif itu sentiasa ada, nak buat macam mana? Dan seelok-eloknya kami mahu mengelakkannya.
3. Walaupun disini tempat memberi pendapat yang bebas... dalam hal ini, perasaan yang dilepaskan tidak relevan dengan objektif blog.
4. Kalau nak lepaskan, lepaskan di laman web yang berkenaan. Bukan disini. Kalau bersuara disini pun bukannya sampai ke mereka. Jadi apa faedahnya? Lagipun blog ini tidak mendapat tempat/pengiktirafan pun disana. Tiada sebarang link pun yang membawa anda dari laman web tersebut kesini. Jadi kenapa jadikan kami mangsa?
5. Hormati Heliza yang selalu kesini.. dan hormati pembaca lain juga (yang juga terdiri dari wakil pihak terbabit).
6. Kita kan semua 1.. rambut sama hitam, darah sama merah, afundi sama Heliza...


Gunakan lah kematangan dan kepandaian yang kita ada..
Terima kasih atas kerjasama anda!

Nota Tambahan : Mak saya kata.. Kalau orang tak hormat kita tak apa.. Tapi kita kena hormat orang.. sebab kita bertamadun, bermaruah, beradab dan berakal-fikiran. Ucap Salam bila membuka kata, Terima Kasih bila menerima, Maaf bila salah kita..

CERITA BARU
Moving on... jom buka cerita baru?

Saya percaya setengah dari anda akan menganggap inilah entri paling mengarut saya. Tapi percayalah.. karutan ini memang best dan sangat bermakna bagi saya... Ini bukanlah sebuah entri yang Heliza specific tapi ada laa cerita Helizanya.. Cuma kali ni cerita bergambar kerana "Pictures are worth a thousand words"...

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua.. Saya bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang anak merdeka. Kebebasan. Segala kemudahan dan peluang yang telah saya peroleh selama 23 tahun ini adalah kerana kemerdekaan ini. Dalam kita menyambut kegemilangan negara kita ini.. janganlah lupa pada mereka yang bekorban dan berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan ini. Oleh itu mari kita ambil seminit untuk beristighfar dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Bapa Kemerdekaan kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang ada didalam gambar dibawah ini yang telah pergi buat selamanya:
Juga kepada 4 orang komunis didalam gambar dibawah ini sekiranya mereka pun telah pergi.

Gambar ini diambil sewaktu komunis masuk ke sebuah Kampung Baru... saya kurang pasti dimana. Jika anda tak berapa ingat sejarah, Kampung Baru adalah nama umum bagi penempatan semula semasa zaman darurat. Penduduk yang berhampiran hutan dan terancam dengan serangan ganas komunis dipindahkan ke kampung baru yang dilindungi oleh pegawai kawalan kampung dan tentera. Jadi jangan pula anggap gambar diatas tadi adalah Kampung Baru yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur walaupun kemungkinan itu ada.

Bercakap tentang Kampung Baru Kuala Lumpur.. bayangkan jika kita masih hidup dalam gambaran diatas... Adakah kita akan dapat merasa Nasi Lemak Antarabangsa?

Dan tanpa kemerdekaan .. Tidak mungkin ada Akademi Fantasia.. Dan tak mungkin kita semua akan berkumpul kesini kalau tidak kerana Akademi Fantasia dan Heliza...

Bercakap tentang Heliza.. Ramai kata Heliza ni ada mirip Reese Witherspoon.. saya rasa ada sikitlaa...
Tiba-tiba teringat zaman berlangsungnya musim Akademi Fantasia 5. Rindu juga dengan temu janji pukul 9 setiap malam tu walaupun kadangkala marah juga kerana makan kena cepat-cepat.. nak makan luar kena pergi awal-awal dan dekat-dekat... Kalau pukul 8.00 baru nak order makanan, memang akan tengok jam sajalah nanti bila makan...

TAMBAHAN LAGI
Seperti yang anda semua sedia maklum, malam ini Heliza dan rakan-rakanya akan membuat persembahan di PISA, Pulau Pinang di konsert kemuncak Gegar U 2007. Heliza akan membuat persembahan yang pertama dengan lagu yang agak mencabar kebolehan beliau... kenapa saya cakap kebolehan?.. tontonlah.. baru anda tahu.. Saya yakin dia akan melakukan yang terbaik.. saya pernah dengar dia nyanyi lagu ini tidak lama dahulu... memang sedap!.. Apapun Heliza.. jika anda curi-curi baca blog ini... relax, senyum dan katakan -"Janji Sedap!"..

Cantikkan gabungan bunga diatas? Special ni... :) Saya sangat teruja melihat gubahan ini setibanya saya ke rumah ke-2 saya dari Pulau Pinang tadi... nak share ngan anda semua..
Xm0 sudah.. :p
Memandangkan bukan selalu saya menghantar entri mengarut.. saya tambahkan lagi karutan saya dengan gambar saya sendiri.. bertudung.. almost..Hmm.. lagi cantik dari Heliza kan? Ekkekekeke.... Kalau tak cantik tu sebab kualiti kamera tak berapa bagus.. ni kawan saya ambil guna kameranya.. kameranya memang macam tu.. mungkin sebab terlebih guna kot? Hehehe..


Last sekali.. gambar saya dan kawan saya. :) .. ekekek.. lebih kurang laaa...

Oklah.. Akhir kata... tamatlah entri merapu.. Good Luck to Heliza tonight.. and selamat berehat kepada Team Futsal Heliza.. Esok entry review dari PISA, Pulau Pinang...

In the mean time.. tonight at 9pm.. Enjoy the show!

..

Monday, August 13, 2007

Cobaan....

Lama rasanya tak menulis. It's been what? a week or so? Saya sibuk sangat sejak kebelakangan ni. Hari ini dengan masa yang ada ini, dan mood yang tengah baik serta semangat yg tengah membara dibakar dek sumber inspirasi... Baik saya memblog.



Seperti yang anda semua sedia maklum. Kami ada membuat poll -"Bidang apakah yang patut diberi peluang untuk heliza ceburi dengan lebih mendalam".. Terlebih dahulu saya ingin memberi kredit kepada Tokwan kerana idea poll ini datang dari beliau. Dan saya rasa ia sebuah idea yang baik kerana ia dapat melibatkan lebih ramai orang. Kami berancang untuk sentiasa mengadakan survey-survey seperti ini. Terima kasih juga kepada semua yang mengambil bahagian. Harap anda yang mengundi boleh turut sama dalam perbincangan. Berikan sebab mengapa anda mengundi pilihan anda. :)

Keputusan dari poll lepas

73 pembaca mengambil bahagian. Poll dibuka selama 2 hari. Setiap pengundi diberi 5 pilihan dan boleh mengundi seberapa banyak bidang yang mereka rasa sesuai dalam senarai. Keputusannya lebih kurang seperti yang dijangkakan. Jadi bidang apakah yang patut diberi peluang untuk Heliza ceburi dengan lebih mendalam? Apa kata survey?

Nyanyian - 58 undian (79%)
Lakonan - 19 undian (26%)
Pengacaraan - 50 undian (68%)
Peragaan (Modeling) - 26 undian (35%)
Seni Persembahan Teater - 11 undian (15%)

Undian saya? Biarlah rahsia.. hehehe...

Nyanyian semestinya satu bidang yang harus diberi peluang. Heliza sebagai penyanyi adalah sesuatu yang diharapkan. Semua yang masuk ke Akademi Fantasia sememangnya dilatih untuk menjadi penyanyi. Memang Heliza kini boleh dikira sebagai seorang penyanyi. Tapi pada tahap mana? Nama sudah ada.Shows boleh tahan tapi harus diperbanyakkan lagi. Album? Subjektif dan tentatif.

Lagu di radio? Ini sesuatu yang perlu diperjelaskan. Rakaman dari konsert akhir kelmarin tidak mencapai tahap untuk disiarkan di corong radio dan ada eloknya juga sebenarnya, sekurang-kurangnya mereka yang tak mengikuti Akademi Fantasia 5 tidak mendapat 'first impression' yang salah tentang Heliza. Kalau anda ingat, Heliza mempunyai masalah tekak luka semasa konsert final, jadi suaranya tidak mencapai tahapnya yang sebenar. Kasar dan tersekat-sekat. Jadi ada kebaikannya juga kalau lagu itu tidak dimainkan lagi sehingga keluar versi studio. Sekurang-kurangnya tidaklah orang kata "siapa ni? tak sedapnya suara!" sedangkan Heliza antara mereka yang berjaya memenangi hati peminat AF dengan first impression semasa mendendangkan lagu Kau Pergi Jua.

Walaupun AF melatih peserta-pesertanya untuk menjadi penyanyi dan juga sebagai platform untuk menempah nama di industry seni tanah air. Peranan AF sebenar-benarnya dalam perjalanan seni sesorang bintang itu adalah untuk membentuk popularity dan fanbase. Selepas AF lain cabarannya. Graduan AF perlu sedar akan beberapa perkara:

1- Ramai penyanyi di Malaysia.
2- Ramai sangat graduan Akademi Fantasia.
3- Tidak ramai yang benar-benar berjaya.
4- Popularity semasa di Akademi Fantasia tidak menentukan popularity di dunia sebenar.

Hanya 79% berkata Heliza harus menceburi bidang nyanyian dengan mendalam.. apa jadi dengan 21% yang selebihnya? Tidak patutkah heliza menyanyi? Mungkin kerana 4 perkara diatas, heliza tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada nyanyian sahaja tapi cube bidang lain. Nana dari AF1 misalnya lebih berjaya dalam bidang lain. Tapi satu soalan - Adakah vokal Nana setanding vokal Heliza? Semestinya TIDAK. Jadi dalam kes nana, memang harus baginya untuk mencuba bidang lain. Tapi Heliza? Dahulu suara heliza dikatakan mirip Datuk Siti Nurhaliza. Ok, saya tanya anda sekali lagi.. kalau anda.. pada suatu ketika.. Orang kata suara anda macam Siti Nurhaliza.. anda rasa suara anda sedap atau tidak?..

Kalau orang kata biskut chocolate chip yang saya buat rasanya tak lari macam biskut Famous Amos.. saya rasa biskut saya tu sedap sekali. Dan kalau saya tambah raisin dlm tu atau sedikit badam, mesti masih sedap walaupun mungkin tak sesedap biskut yang original tadi sebelum ditambah kismis... secara analoginya.

Tapi persoalannya.. cukupkah kalau suara sedap sahaja?

68% mengatakan heliza harus mencuba bidang pengacaraan. Saya dah jangka. Rakan blog, KECU telah membuka topik ini. Dan ramai yang memberi input. KLIK SINI UNTUK MEMBACA. Minat heliza menyerlah dalam bidang pengacaraan. Sifat nya yang kuat bercakap (ekekekke....gelak jap)..mungkin membuat kita semua terfikir akan kebolehannya mengacara.

Persoalannya, adakah sifat suka bercakap itu boleh diukur sebagai boleh mengacara?


35% mengatakan Heliza harus mencuba bidang peragaan. Saya nampak logiknya. Paras rupa yang menawan dan mata yang cantik adalah aset Heliza. Kalau J-Lo meletakkan insuran pada pinggulnya dan Mariah Carey mempunyai insuran kaki. Saya cadangkan Heliza mengambil insuran mata..hehehe... Model bertudung tak ramai.... jadi mungkin ada peluang untuk Heliza mengisi ruang kekosongan itu?

Persembahan Teater. Ini sesuatu yang susah sebenarnya. Saya rasa pada suatu masa nanti, Heliza patut mencuba bidang seni persembahan ini tetapi bukan sekarang.. kerana Heliza belum bersedia untuk ini. Baik Heliza tumpukan pada pengajian teknik vokal dan seni lakonan dahulu. Perbetulkan teknik-teknik kerana banyak yang perlu diperbaiki sebelum mencuba bidang ini. Lontaran suaranya masih lemah contohnya. Ini adalah satu ujian untuk menguji vesatiliti heliza. Bagus, tapi belum lagi. :)


Saya cuba ringkaskan penulisan entry ini.. kerana saya mahu mendengar pandangan anda yang telah mengundi... anggaplah ini satu sessi brain-storming.

  • Apakah bidang yang terbaik memandangkan Heliza akan masuk belajar dalam 4 bulan lagi?
  • Bidang manakah yang mudah diimbangkan bila dia belajar kelak?
  • Adakah heliza patut mengaut sahaja apa jua peluang yang datang?
  • Adakah Heliza harus mempertimbangkan minatnya terlebih dahulu? Contohnya kalau Heliza ditawarkan berlakon tapi bukan minatnya.. adakah Heliza harus menolak seperti Datuk Siti Nurhaliza atau mengambil tawaran tersebut kerana di tahap ini, dia tidak boleh terlalu memilih?

Saya buka meja perbincangan. (NOTA: Entry masih dalam proses..)

.

Friday, August 10, 2007

Mari Test Power....

Hi ols!
Sementara menunggu poll tamat dan ulasan analisis siap, jom kita test power masing-masing?

1. Soalan vocabulary(20 markah)
a) Apakah yang dimaksudkan dengan terma "Blackie"? (10 markah)
b) Bilakah "Blackie" mula diperkenalkan? (5 markah)
c) Bina ayat dengan menggunakan perkataan 'Blackie'. (5 markah)

2.Soalan Mata-matik (10 markah)
Dari konsert keberapakah mata ini?





3.Soalan uji ingatan (10 markah)
Apakah lagu yang dinyanyikan oleh Heliza sewaktu sessi ujibakat AF5?

4.Lengkapkan ayat berikut dengan 10 perkataan yang berikutnya mengikut penggunaan dan susunan perkataan yang betul. (20 markah, 2 markah bagi setiap perkataan yang betul)
"Sebab kalau kita rasa kita susah ....... " (10 perkataan yang berikutnya.)

5.Soalan pengetahuan Am/Isu semasa (10markah)
Berapa ramaikah pelajar yang direndam didalam kolam ikan dalam kejadian yang berlaku di Sarawak baru-baru ini?


SELAMAT MENCUBA!!

...

Nota Kaki Kananku : Setiap peserta yang mendapat markah terrendah tidak akan tersenarai untuk mendapat hadiah utama berupa 2 tiket wayang. Tetapi masih boleh menyertai kuiz ini untuk ke peringkat seterusnya. Namun begitu masih berpeluang untuk merebut hadiah utama sekiranya mereka di AFMASUK kan oleh peserta-peserta lain.

Tuesday, August 7, 2007

FUTSAL FRIENDLY MATCH (iklan sat)

**Ambil bahagian dalam Poll di sebelah kiri laman ini.



GAME
Tarikh : 18/8/2007 > Sabtu
Venue : Ampang Sports Planet
Waktu : 5.00pm

TRAINING
Tarikh : 12/8/2007 > Ahad
Venue : Ampang Sports Planet
Waktu : 11.40am
(kepada sesiapa yg takleh join game nanti.. boleh lah klu nak join training.. jom!!!)

Satu perlawanan Futsal akan diadakan diantara Heliza Team dan M-Girlz. Kita memerlukan 8org untuk membentuk 1 team. Kita akan berlawan untuk 2 perlawanan.. satu perlawanan mengambil masa dlm 15 minit (termasuk rehat 5 minit).

Jadi kepada sesiapa yang berminat silalah beri kan nama anda atau email ke ajememang@yahoo.com

Jom tunggu apa lagi.. inilah masa nak tunjukkan kehebatan tendangan korang adakah sama seperti David Beckham atau Darvid Begum.

Nota kaki kanan ku : Team futsal ini terdiri dari anak2 gadis sunti jeee.. sorry wan ko takleh masuk.. klu nak masuk gak.. ko kena pakai tudung bawal ber brooch H.. heee

JANGAN LUPA FILEM PENDEK.... DAH SIAP KE?


Klik banner diatas untuk maklumat lanjut

Filem Pendek Saya : The Red Bowling Ball


Judul filem : The Red Bowling Ball

Slogan : One girl, Ten Pins, One red ball.
Corak filem : Hitam Putih. 1 warna Merah.
Jenis Cerita : Drama/Komedi
Jenis filem : 8mm
Penerbitan : Big Eyes Production
Pengarah : Syadha Rosli
Lakon Layar : Syadha Rosli

Sedutan dari filem The Red Bowling Ball:

The Red Bowling Ball.
Ini filem saya...

Mana filem anda???


Sertai Sekarang...
Klik banner diatas untuk maklumat lanjut.


******
NOTA PENTING : Segala visual yang di paparkan didalam entry ini adalah hak milik peribadi Syad Rosli. Kalau boleh takyah lah cilok tapi kalau tak tahan nak cilok.. then lu cilok wa, wa cilok lu ah..hahahah...

Monday, August 6, 2007

Ada apa dengan bowling?

Alright.. time for a full report.. sortta..

Mind you.. there will hopefully be no Heliza in this story.. but of course the word 'Heliza' will pop-up occasionally as some characters are practically obsessed... hhahhaha..

So semalam saya keluar rumah dalam pukul 8.30 pagi. Itu pun dah terbangun lewat sebab malam sebelumnya FFM dan sibuk berpostmortem bersama rakan-rakan filemkita. Jika anda cintakan seni layar atau saja mahu membaca tentang filem.. lawatilah blog peribadi saya.. cuma sejak kebelakangan ni fokus memblog saya salah alignment sikit... hehehe.. maaf.. but y'know wat.. that's your gain! HAHAHAH!

Bercakap tentang FFM.. saya teruja melihat Mila membuat persembahan. Adakah saya terkejut kagum? Tidak. Sebab setiap tahun Juara AF akan membuat persembahan. Adakah saya berpuas hati? Juga tidak. Saya memang tidak tahu menahu tentang seni suara. Teknik-teknik seperti vibrato, tremolo, falsetto mana saya tahu. Kalau vibrator, trigono, Salvatore Ferragamo saya tahu lah... Bagi saya, kalau sedap telinga mendengar.. ok lah tu. Mudah kan? Tapi ternyata kawalan vokal Mila agak kucar-kacir kerana telinga saya dengar begitu. Dan bila tentang Mila, sama seperti Heliza.. saya boleh 'ter'bias. Tapi kali ni nak bias pun tak sanggup... Apapun, Mila berjaya melakukan persembahannya di hadapan beratus penggiat seni yang lain dengan lancar. 4 lampu biru untuk Mila!

Ok back to bowling day...

Sampai disana sepatutnya saya berjumpa geng Marsha United dahulu sebab baju mereka pada saya. Tapi dlm kemengahan mengheret 2 beg plastik sampah berisi 40 helai baju polo, saya ternampak Kak Zeq dan Sekaut berdating.. eh.. tak.. bukan eh? Ooo silap.. silap.. Apapapun.. dipendekkan cerita.. Geng Heliza berkumpul di depan Cosmo Bowl, tempat berlangsungnya tournament. (Bila saya kata Geng Heliza maknanya team HDC-HFC combine).. Semua bersemangat dengan baju team yang tertera nama Heliza. Cuma masa tu saya memplastik seketika dengan memakai baju Marsha United... hehehe..

Kami masuk ke bowling alley... tak ramai orang lagi ketika itu.. Kecu sempat menyajikan sarapan kepada geng Heliza dengan akhbar Kosmo. Baiah begitu tekun sekali mengamati Heliza dlm akhbar tersebut. Tajuk artikel tersebut - "Heliza Muntah Bau Susu".. Apa punya sarapan yang mu sajikan ni Kecu?? Ketika membaca headline tersebut, saya sedang asyik menikmati sekotak susu coklat dutchlady.. Jadi bayangkanlah perasaan saya ketika itu.. hmmm...

Gambaran perasaan ku..

Kami diberi lorong oleh pihak penganjur:
Team 1 : Heliza.com A - Lorong 10
Ahli (As registered) : Sekaut, Zharif, Syafiq, Hazwan (Diganti). <-- Sengaja kumpulkan yang terer sekumpulan sbg strategi.
Team 2 : HelizaFC - Lorong 22
Ahli (As registered) : Baiah, Huda, Zalia, Ira
Team 3 : Heliza.com B - Lorong 36
Ahli (As registered) : Kecu, SHE, Heliza (Diganti Syad), Syad (Diganti Hazwan.. sesuatu..).
Jauh sangat antara satu sama lain. Kuasa memekak tertumpu pada Lorong 22 semestinya.

Acara pagi itu bermula dengan pendaftaran, pengagihan doorgift dan sarapan pagi.. yang ini bukan lagi artikel kosmo tapi makanan betul.. Sungguh teliti perancangan Zila FC untuk pertandingan ini. Well done!

Sebelum permainan bermula.. Zila dibawa melawat setiap lorong dan di setiap loronglah bergambar. Jadi lama kemudian baru pertandingan dimulakan. Kalau dah Zila FC yang menganjurkan program ini, sudah tentu Zila sendiri akan merasmikannya. Balingan bola pertama dibuat oleh Zila untuk menandakan perasmian pertandingan tersebut. Longkang? Bayangkanlah Heliza yang merasmikannya.. agaknya macam mana? Longkang kot... hahah.. Tak kot?...

Acara bermula lebih kurang jam 11pagi. Team Heliza.com A memang penuh dengan yang hebat-hebat antara semua geng Heliza.. jadi biarlah mereka bermain bersungguh-sungguh.. hahah!! Team HFC lebih ceria bermain.. Dengan baju seragam mereka.. dan banner yang besar.. dan gabungan lontaran suara yang kuat.. agak kecoh juga.. Team Heliza.com B agak stress pagi tu.. kerana puratanya permainan kami agak merosot.. mungkin kerana tidak boleh menumpukan perhatian. Team DafiFC begitu bising sekali. Dicampur lagi dengan kumpulan DaVom selang selorong yang memang sedia bising.. gamat suasana sukar untuk fokus... (echeeh.. alasan.!)

Selalunya team Mila a.k.a DaVom yang kecoh. Tapi semalam team Dafi dah upgrade sound system ke 7.1 Surround Sound beserta Cheerleaders dan pompom. Ramai yang turun kepadang semalam untuk memberi sokongan kepada pasukan Dafi. Dafi FC juga menghantar lebih dari 1 pasukan. Jadi penyorak mereka berpindah-pindah. Kami geng Heliza juga berlari-lari... Semasa nama-nama kumpulan diumumkan untuk mengimbas kedudukan lorong, kami menjerit "Berehhh" sekuat hati dan kemudian lari ke lorong Heliza yang seterusnya untuk panggilan seterusnya. Yang kelakarnya bila disebut nama "Ebi FC", geng Heliza juga menyahut! .. hmm.. jadi EBIting is BEREH ke? ..ekekek...


Gaya seorang PIMP:- Paan dikelilingi cheerleaders Dafi.

Acara berakhir lebih kurang pukul 2 petang. Tahniah HFC kerana membawa pulang 2 hadiah!!
1- Juara Longkang yang dimenangi saudari Ira dari Team HFC ... tahniah tahniah!! Bukan mudah nak dapat juara longkang ni.. Katanya kalau Heliza ada, tentu Heliza yang akan menang... heheehe.. Sbenarnya Heliza bukan lah seorang pemain boling longkang... cuma masa Trek Selebriti saja malang tidak berbau.. jadi kalau Heliza datang pun... Ira mungkin masih Juara Longkang... ahahaha... :p
Pemenang bergambar depan longkang kenangan.

2- Pasukan Paling bergaya.. Lihat gambar ni... kalau tak menang tak tahu lah.. Memang patut menang pun!


Setelah penat menjerit dan bergambar sakan (terutama team HFC).. kami bergerak ke Food Court.. untuk makan tengah hari... dan of course sesi penggambaran filem pendek.

Oh bercakap tentang Filem Pendek..
MANA FILEM ANDA?

Dan nantikan sedutan dari filem The Red Bowling Ball....

;)


NOTA: Selalu lah check posting ini... Gambar akan diupdatekan dari masa ke semasa.


.

Sunday, August 5, 2007

Bowling lah!

Okay..
kali ni sebuah lagi laporan yang tidak melibatkan Heliza... atau mungkin ada???

Tunggu......
Preview laporan..




Friday, August 3, 2007

HELIZA SEBAGAI PENGACARA..

Apa pandangan anda .. setuju atau tidak. Sesuai atau sesuatu.. hee

Andai setuju nyatakan .. jika tidak beri tahu kenapa.


Selain itu….

1- Apakah konsep yang sesuai di bawa.. (santai, duduk2 jee atas sofa.. lari2 keliling dewan?..)

2- Jenis rancangan yang bagaimana (talk show, kuiz, information, entertainment atau masakan?..)

jika mempunyai konsep atau idea selain dari yg dinyatakan diatas, luahkan idea anda itu...

Nota Kaki Kanan... Nantikan iklan mengenai satu aktiviti untuk peminat Heliza beriadah.


Video ini diatas permintaan Syad.. heee

Kata Syad : One of my fav performances.. Hep!!! jangan ketawa!

Thursday, August 2, 2007

Selamat Hari Lahir Uncle...

Eyes on Heliza

Ringkas tentang En.Helmi bin Hj Mohd Hasbi.

Beliau dilahirkan pada 2hb Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Perak hanya 29 hari sebelum negara merdeka. (Menyampuk skejap - Ibu saya juga lahir pada tahun yang sama cuma bulan Mac..) Mungkin kerana semangat kemerdekaan dan patriotisma yang sudah wujud sejak lahir lagi, beliau mula berkhidmat untuk negara pada usia yang muda iaitu ketika berumur 18tahun. Kerjaya beliau sebagai anggota polis bermula di pusat latihan Pelopor, Pulau Pinang. Setelah berkhidmat selama 32 tahun di beberapa negeri, En.Helmi kini bertugas sebagai Ketua Polis Balai Tawau Bergosong di Tawau, Sabah Negeri Dibawah Bayu.

Saya berpeluang berbual dengan Encik Helmi sekali dua semasa musim AF selepas habis konsert. Dalam perbualan kami yang singkat, apa yang saya paling ingat tentang beliau ialah beliau seorang yang penuh dengan kata-kata hikmah yang sangat dalam. Sejujurnya, ada juga kata-kata beliau yang mempengaruhi cara saya berfikir semasa mengulas di blog ini. :) Terima Kasih pakcik..

Dan sekali lagi, Selamat Ulangtahun..

__________________

Kepada semua pengomen blog..

Wish beday cukup.. jangan nak masuk meminang anak die plak kat sini ye Hazwan... Cipan.. Apehelian... Houdini... Semua itu sila ke Tawau.

Sekian Terima Kasih..