Setelah beberapa perbincangan maka ada beberapa aktiviti telah pun di senarai panjangkan.. antaranya ialah paintball. Makanya dengan sebulat suara dan pitching yang jitu, kami memilih paintball..
Segala perancangan dan aturcara disusun dan dibahagikan. Pemilihan tempat pula berdasarkan pada keadaan kerana kami ingin suasana sebenar perang. Jadi setelah dicongak dan campur itu nie… Mudtrekker, Kuang, Selangor menjadi pilihan. Terima kasih kepada Active Fan.
Segalanya harus bermula jam 3.00pm .. maaf kepada batalion yg dtg awal kerana terpaksa menunggu.. apa2pun syabas kepada kalian yg hadir ikut waktu UK.. Sementara menunggu waktu bermula sesi beramah mesra diantara team sambil2 berkenalan dgn lebih mendalam (fuuhh dasat) telah diadakan.
Selepas menikmati makan tenghari sessi taklimat bermula.. Semua batalion berkumpul dgn khusyuk mendengar penerangan dari komander bertugas. Walaupun ada gak soalan2 yg diajukan bertalu2 smpai komander pun pening.. xpe.. apa yg penting!!! Bertanya…. Heee.
Askar2 Bereeh dibahagi kepada 3 kumpulan melalui cabutan undi. Ada juga yg tukar suka sama suka… xpe … apa yg penting!!!!.. (korang jawab lee sendiri).. Sebanyak 6 batalion yang tersenarai iaitu FU Rangers, Gelombang Mautz (huuu takutnya), Devilz Shooterz (seram tu), Wonderpets, Ada Aku Kesah & Ajememang.
Acara perasmian telah diselesaikan oleh Koperal Heliza dengan melepaskan 3 das tembakan tersasar sambil melaungkan “Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!”.
Kumpulan A = FU Rangers, Gelombang Mautz & Devilz Shooterz
Kumpulan B = Wonderpets, Ada Aku Kesah & Ajememang.
Perlawanan pertama diantara Gelombang Mautz vs FU Rangers yang berkesudahan FU Rangers Berjaya menawan kubu Gelombang Mautz.
Perlawanan kedua pula Wonderpets vs Ada Aku Kesah!. Sebelum pergi berperang, askar2 di arahkan berkumpul untuk sesi serahan senjata. Ini juga merupakan peperangan pertama yang disertai oleh kebanyakan askar2 . Jadi muka cuak, nerves & lutut ketaq memang ketara. Tetapi kerana semangat juang yg tinggi maka mereka redah jerrr.. Dan kerana semangat juang itulah icon Wonderpets (Koperal Heliza) telah Berjaya merebut bom jangka dan dibawa balik kekubu sendiri (aiiyaaa).. Menjerit2 lah kami panik… hehhee… Nasib menyebelahi Wonderpets… Koperal Heliza sempat berpatah balik sebelum bom jangka meletup dan melemparkannya ke kubu lawan. Kebabooommmmm!!! Wonderpets akhirnya berjaya menawan kubu Ada Aku Kesah!..
Perlawanan ketiga adalah diantara Devilz Shooterz vs Gelombang Mautz.. Gelombang Mautz berjaya menebus kekalahan pertama dengan menawan kembali kubu Devilz Shooterz. Seterusnya Ajememang vs Wonderpets… yesss!! Peperangan yang agak senget kerana Ajememang mengambil langkah berjaga2 dengan bertahan dan duk senget ke kanan jew… Tetapi strategi kami berjaya apabila seorang demi seorang askar2 Wonderpets kami tembak satu persatu… Walaupun pada mulanya Koperal Heliza (dia lagi) telah Berjaya merampas bom jangka.. tetapi kerana kubu kami kuat, Koperal Heliza rebah jua .. heee.
Peperangan diteruskan apabila FU Rangers bersemuka dengan Devilz Shooterz. Kali ini FU Rangers dengan gah menawan kubu Devilz Shooterz.
Masih lagi dalam suasana perang, kali ini Ajememang akan berperang menentang Ada Aku Kesah!! Cak cak cak.. eheh tetambah.. Dengan menggunakan strategi yg sama iaitu bertahan.. peperangan berakhir seri.. walaupun Sarjen Jooz Berjaya merampas bom jangka tapi kami x beri peluang terus berdas2 tembakan diajukan kpd beliau sampai lah beliau rebah.
Keadaan menjadi hingar bingar kerana terdapat suara2 halus x puas ati.. "camne leee leh kena tembak…", "camne leh salah kubu", dan mcm2 lagi camne..
Markah dikira dan keputusannya…
Kump A: FU Rangers (138), Gelombang Mautz (80) & Devilz Shooterz (15), Kump B: Ajememang (60), Ada Aku Kesah!! (62) & Wonderpets (63).
Dengan ini FU Rangers akan berperang menentang Wonderpets di peringkat final (eleh points beza 1, 2 jew… huuuu).
Kerana ini adalah final, setiap batalion begitu teliti mengatur strategi… masing2 x mahu mengaku kalah. Trumpet dibunyikan dan Seranggggggg!!!!!.
Askar2 Wonderpets mara ke hadapan, Prebet Bai Berjaya membolosi dan merampas bom jangka lantas berguling2 kembali ke kubu. FU Rangers cuba bertahan dengan melepaskan tembakan bertalu2 ke arah Wonderpets. Seorang demi seorang askar wonderpets rebah.. Prebet Bai tetap setia disitu cuba mencuri peluang utk melepaskan bom jangka ke kubu lawan. “Kaki dah kebas”.. jeritan dari Prebet Bai kerana lama sgt duk bertahan.. Ayam tambatan Wonderpets Koperal Heliza hilang dari pandangan.. eheh mana dia nyorok…
Askar2 FU Rangers sudah mula mara. TAP! TAP! Berdas2 tembakan di lepaskan kearah Prebet Bai.. aaahhh punah harapan … Bom jangka masih disitu… Wonderpets cuba utk merampas tetapi FU Rangers Berjaya membolosi dan merebutnya… Kali ini seorang demi seorang askar2 Wonderpets rebah.. Smpai kesudah kelibat Koperal Heliza tidak kelihatan… FU Rangers mengambil peluang memasuki kubu lawan… dan Berjaya menawan Koperal Heliza yg duk menyorok .. rupa2nya kehabisan peluru… patut leee…
Maka berakhirlah Bereeh Challenge dengan motto “Kalah Bergaya.. Menang Berlagak” tahun ini. Kemenangan berpihak kepada Batalion FU RANGERS, tahniah.. Tahniah juga kepada Wonderpets yang Berjaya menunjukkan semangat juang yg jitu… x takut kalah dan berani mati…
Pada hari itu juga pihak komiti telah mengadakan anugerah “RAMBO OF THE DAY”. Pemilihan dibuat oleh marshal bertugas dengan memilih mereka yang memaparkan aksi2 yang menarik sewaktu final.. Tahniah utk Prebet Bai dari Wonderpets kerana telah dianugerahkan gelaran “RAMBO OF THE DAY”.. syabas..
... bersama Champion Bereeh Challenge 2009... FU RANGERS.. tahniah!
2nd place.. Wonderpets.. tahniah bereeh!
Rambo of The Day... tahniah Bai
selesai.. jumpa lagi.. next activity.. insyaallahKepada semua yang hadir, tidak kiralah peserta ataupun yang dtg memberi sokongan, kami ucapkan berbyk2 terima kasih. Dan meminta maaf andai ada yg terkurang… “Klu Kurang Jgn Dikeji.. Klu Lebih Boleh Dipuji” hehehehe..








































